Sama seperti banyak destinasi terbaik di Melaka di Pulau Pangkor juga terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda.
Batu Bersurat
Batu bersurat ini terletak hanya dalam 100 meter sahaja daripada Kota Belanda.
Teluk Segadas
Teluk Segadas terletak di bahagian selatan Pulau Pangkor dan merupakan pantai yang lebih tenang serta kurang dikunjungi pelancong,
Masjid Terapung
Bukan di Terengganu je yang ada masjid terapung, di Pulau Pangkor pun ada! Sebenarnya, masjid ini agak baru di Pulau Pangkor.
Galeri Pangkor
Pembukaan semula Galeri Pangkor di sini, menambah satu lagi lokasi tarikan pelancong yang membuka dimensi pengkisahan sejarah dan sosioekonomi penduduk Pulau Pangkor
Fu Lin Kong
Kuil Fu Lin Kong ialah kuil Tao terbesar di Pulau Pangkor, terkenal dengan seni bina yang unik, replika Tembok Besar China dan pemandangan yang indah. Ia merupakan antara tarikan pelancongan paling popular di pulau ini.
Masjid Al Khairiyah , Masjid 1000 Doa
Masjid Al-Khairiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Seribu Doa atau Masjid Cina terletaknya di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor.
Tangga viral
Terkenal di Pulau Pangkor, terletak di Teluk Nipah
Aktiviti Hornbill Feeding
Memberi Makan Burung Enggang ,setiap hari pada pukul 6:30 petang ,Kawasan sekitar Sunset View Chalets dan Uwais Homestay.